Jom Ikut

Tuesday, 11 February 2014

Ayam Masak Merah




Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - potong sedang
1 batang serai - diketuk
20 tangkai lada kering - rebus dan blend
5 biji bawang merah - ditumbuk
4 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 biji bawang besar - di hiris bulat
1 biji buah tomato (tak letak pun tak pe)
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Serbuk kunyit - untuk mengoreng ayam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air perahan asam jawa

Cara membuat :

Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam 
Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak panas, gorengkan ayam 
Tidak perlu garing, cukup sekadar matikan darah ayah sahaja
Ketepikan ayam dahulu
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga garing
Masukkan lada kering yang telah diblend tadi
Biar sambil di kacau-kacau lada sehingga lada garing
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan ajinomoto
Kacau sebati
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Kacau sebati
Masukkan air perahan asam jawa 
Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan tomato buah yang dipotong baji
Biarkan mereneh seketika
Bila kuah mulai memekat, bulehlah di angkat dan dihidangkan

















1 comment: