Jom Ikut

Wednesday, 19 February 2014

Bihun Goreng Simple


BAHAN UNTUK BIHUN GORENG 
400gm bihun (sepaket) - di rendam di dalam air biasa hingga lembut dan toskan
100gm udang basah (boleh juga gantikan dengan isi ayam jika suka)
100gm sotong 
50gm sayur sawi - di potong 
50gm kobis - di racik
secekak taugeh 
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan sos cili 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap pekat 
garam & gula secukup rasa 
Ajinomoto (jika suka) - Boleh gantikan dengan kiub ikan bilis 
1/2 cawan air


CARA MEMASAK

1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi dan masukkan cili giling tadi sambil di kacau.

2. Masukkan pula kicap pekat, sos tiram, sos cili, udang dan sotong. Kacau hingga sebati dan masukkan pula sedikit garam, gula dan kiub ikan bilis dan air. Masak hingga mendidih.

3. Seterusnya masukkan bihun di ikuti dengan sayur-sayuran dan kacau hingga bihun lembut serta sebati dengan bahan-bahan yang di tumis tadi.

4. Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau sebentar. Jika bihun telah secukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.









No comments:

Post a Comment