Jom Ikut

Tuesday, 18 February 2014

Puding Cendol Gula Melaka

Assalamualaikum

Panas betul cuaca sekarang ni kan....panas-panas camni pekena dengan sesuatu yang sejuk pasti menyegarkan contohnya puding atau aiskrim...wah bestnyaaaa. Kali ni saya suka berkongsi satu resepi puding yang lemak manis ni untuk tontonon rakan-rakan semua.


Walaupun kejadiannya taklah begitu cantik tapi rasanya yang sangat sedap dan nyaman tu merubah segalanya...hehehehe


Resipi PUDING CENDOL GULA MELAKA 
by fieda
source ~ Puan Norlela Haji Nus @ Gula Hangus

Bahan A :

3 cawan (600ml) air
10 gm serbuk agar-agar
2 cawan (400 ml) santan pekat
150-200 gm cendol
1 tsp garam/secukup rasa
3/4 cawan gula pasir

Campurkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga mendidih.
Masukkan santan, cendol dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan dalam acuan yang sesuai. Sejukkan sehingga beku.
Setelah beku, cakar-cakarkan permukaannya dengan garfu.

Bahan B :

5 cawan (1 liter) air 
10 gm serbuk agar-agar
200 gm gula melaka

Potong kecil-kecil gula melaka agar mudah larut. Masak gula melaka, air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih dan gula melaka larut. Tuangkan ke atas lapisan cendol tadi. Sejukkan dalam petisejuk. 
Boleh dipotong dan sajikan.











1 comment: