Jom Ikut

Thursday, 20 February 2014

Puding Pelangi





PUDING PELANGI
Bahan A :
5 keping roti gardenia
11/2 cawan susu cair
2 biji telor
1 cawan air
1/2 cawan gula

*Semua bahan-bahan diatas di blender hingga sebati dan halus.

Bahan B :
10g agar-agar tali
21/2 cawan air
Perwarna hijau, merah dan kuning (ikut citarasa sendiri nak warna apa)
Cara-caramenyediakannya :

- Basuh agar-agar tali dan masak diatas api bersama 21/2 cawan air tadi .
- Biarkan agar-agar itu hancur dan mendidih.
- Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi kedalam adunan agar-agar.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan terus padamkan api.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan setiap satunya diwarnakan dengan warna yang berlainan.
- Sediakan loyang dan masukkan setiap warna secara berselang seli antara satu sama lain.
- Lapiskan adunan sehingga selesai.
- biarkan sejuk seketika baru di masukkan ke dalam peti sejuk.












No comments:

Post a Comment