Jom Ikut

Tuesday, 4 February 2014

Roti Arab cubaan pertama



Sedap roti arab ni tau. Garing kat luar, lembut di dlm. Dah sejuk pun tetap garing. Nak cuba resepi?? Jom!!..

Roti Arab
Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus

Cara-cara :

Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian .Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!









No comments:

Post a Comment