Jom Ikut

Thursday, 20 February 2014

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
 1/2 mangkukcili kisar
4 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
3/4 camca besar pes asam jawa
Secubit camca teh serbuk perasa (optional)
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali (guna lebih sikit dan anda boleh keluarkan lebihan minyak bila sambal siap nanti). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dam kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah petai dan bawang besar hiris. Gaul, masukkan sedikit air dan masak sekejap. Masuk ikan bilis (toskan dan perah), kacau rata. Tambah serbuk perasa (jika guna), garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 












1 comment: