Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 14 April 2014

Minyak Kelapa Dara



Minyak kelapa yang dara iaitu minyak dara yang diproses tanpa menggunakkan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.


Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.



Antara kebaikan dan khasiatnya :

Mengurangkan kadar kolestrol
- ia sendiri tidak mengandungi kolesterol
- oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
-anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
Tubuh lebih tahan serangan penyakit
-kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
-ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
-sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
Keadaan berdengkur akan hilang
-kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Mengelakkan risiko sakit kanser-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
-mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.





Sumber : Copy paste dari Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd




No comments:

Post a Comment