Jom Ikut

Tuesday, 12 August 2014

Masak Lemak Cili Api Peria


RESEPI MASAK LEMAK CILI API PERIA

Bahan-bahan

1 biji peria
segemgam ikan bilis
1 biji bawang merah - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
10 biji cilipadi - diblend
1 mangkuk pati santan
Garam
1-2 keping Asam gelugur
Serbuk perasa

Cara-cara

1. Peria itu dibelah dua, buang isi kat tengah-tengah tu. Kemudian potong nipis-nipis.
2. Rendam dalam air garam (lebih kurang 1/2 jam).Tujuan rendaman ni adalah untuk membuang rasa pahit peria itu.
3. Masukkan santan dan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih sambil dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Apabila semua rasa sudah sebati dan kuah mendidih...tutup api dan sedia dihidangkan.















2 comments: