Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 17 September 2014

Donat Kentang lagiiii

Salam Rabu...semoga semuanya sihat dan ceria-ceria sentiasa, musim cuti sekolah ni banyak kenduri kahwin dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh kita jalankan. Memandangkan anak-anak ada kat umah, akak buat kuih donut frozen untuk anak-anak, senang bila nak makan jer...boleh keluarkan dari fridge terus goreng jaaa

 Resepi donut ni memang sedap sebab ianya lembut dan gebu walaupun telah lama di goreng. Jom kita semak resepinya :
Donut Kentang


Bahan-bahanya :


250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

Caranya. 
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..











1 comment: