Jom Ikut

Monday, 3 November 2014

Cheesekut

Salam ...jom kita jenguk2 resepi yang sangat mudah dan ringkas ini...resepi ni tak payak bakar ataupun dikukus ....anak-anak pun tahu membuatnya.....lagi pula sangat yummy....anak-anak akak memang suka sangat dengan cheesekut ni....



CHEESECAKE BISKUT @ CHEESEKUT

Bahan-Bahan

Cream Cheese (250g) 
1/2 tin susu pekat manis 
Nestum untuk hiasan
Biskut Hup Seng (Deluxe Cracker)
Susu segar (Dutch Lady full cream pun ok)

Cara-cara penyediaan

1. Pukul cream cheese sampai kembang. Akak guna cream cheese jenis Tatura.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Akak kurangkan sebab tak nak manis. 
3. Gaul sehingga sebati.
4. Ambil biskut. Celup dalam susu segar. Celup jangan sampai lembik tau!.
5. Susun biskut tadi dalam loyang.
6. Calitkan adunan cream cheese tadi. Jangan terlalu tebal.
7. Tabur nestum
8. Ulang step 4-7.. Akak buat dalam 5 lapisan
9. Untuk topping atas sekali, make sure cream cheese atas lebih tebal dari yang bawah.
10. Taburkan nestum. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan semalaman.
11. Esok pagi keluarkan, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
12. Makan sampai kenyang!..hihi














2 comments: