Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Thursday 6 December 2018

LAKSA KEDAH TETAP DI HATI


Assalamualaikum.....lama sudah tidak bersiaran di sini....rindu juga nak menulis tapi masa tidak mengizinkan, baru kini dapat mencuri sedikit masa terluang untuk menjengah di sini....harap kawan2 tidak lagi melupakan akak...

Berbalik pada cerita kita tentang laksa , boleh kata hampir setiap negeri ada laksa versi masing-masing. Namun laksa yang agak mirip dari segi rupa dan bahan hanyalah tiga laksa di utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Namun setiap laksa ini berbeza dan punya ciri tersendiri.
Kali ini akak nak kongsikan resepi orang tua-tua cara buat laksa Kedah. Jom kita tengok bahan2nya!
Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kasar, direndam sehingga lembut kemudian direbus
1 kg ikan termenung (kembung) @ ikan selayang (sardin)
2 genggam cili padi (boleh dikurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)
2 sudu kecil belacan
4 ulas bawang merah
10 asam keping
3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan, dibelah dua secara memanjang

3 batang serai, dititik

Bahan untuk ditabur atas laksa:
Daun pucuk gajus
Daun pucuk putat
Daun ulam raja
Daun selom
Timun, dimayang
Cili padi, dihiris halus
Bawang besar, dihirs
Telur rebus, dibelah mengikut citarasa
Limau nipis, dibelah dua untuk perahan
Kicap manis
Cara memasak :
Rebus ikan bersama 3-4 asam keping dan sedikit garam.
Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan perisikan dengan mengasingkan isi serta tulang dalam dua bekas berlainan. Buang asam keping.
Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi. Buat sedikit demi sedikit. Kemudian tapis beberapa kali sehingga anda pastikan tiada tulang kasar tertinggal dalam air rebusan.
Tumbuk atau kisar isi ikan. Kalau suka rasa ketulan ikan dalam kuah, jangan tumbuk halus sangat.
Kemudian kisar bawang merah, cili padi dan belacan.
Didihkan kembali air tapisan tulang ikan dan bahan kisar (bawang + cili + belacan) dalam periuk. 
Setelah mendidih, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, asam keping selebihnya, serai, bunga kantan, dan daun kesum. Rebus sehingga kuah agak pekat dan bergabung mesra.

Setelah kuah pekat barulah masukkan bahan perasa (garam @ gula) secukupnya. Bolehlah dihidangkan.

Jom Layan !!!!

Nota : Foto kedua tu pinjam pakcik google punya...mohon halalkan yea....


No comments:

Post a Comment