Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 31 October 2012

Kuih kegemaranku - Tart Nenas

Salam dan selamat tengahari semua...walaupun raya haji dah lepas tapi akak nak juga tunjuk kat sini n3 yang tertunda ...Biskut Tart Nenas. sebenarnya akak buat sehari sebelum raya haji tu...sikit ja buat sebab nak menghabiskan lebihan jem nenas yang ada dalam esbok tuu...cukup la buat adik eirah dan along eiqah...hahaha. walau rupa tak cantik tapi rasanya boleh tahan....hi3.



Tart Nenas Gulung 
Sumber Yatiememories

Bahan-bahannya

250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Hiasan:

1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Cara:  Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.\

Cara2:

Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


kepada tuan punya resepi...minta halal sebab akak cnp kat sini untuk rujukan dimasa akan datang....




Wednesday 17 October 2012

Bingka Jagung Yang Sedapppp

Salam ceria  buat rakan-rakan maya yang dikasihi sekelian.Semoga semuanya sihat sentiasa serta  mendapat keberkatan dari Allah SWT.....


Hari ini akak suka nak kongsikan satu menu yang cukup ringkas untuk dicuba....walaupun penyediaannya ringkas tapi amat puashati dengan keenakan rasanya....cuba dulu baru tahu. Resepi asal kepunyaan chef tersohor Kak Hanieliza....terima kasih kak liza kerana share resepi yang cukup senang ini.Mohon cnp dan share sekali lagi di sini untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan. Resepi asal juga boleh jenguk di SINI.

dan juga di SINI

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad (Akak tambah jadi 3/4 cawan)
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair
2 sudu makan pes jagung (Akak tambah)

Cara penyediaannya : 

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.







Monday 15 October 2012

Menu simple-simple jer.....

Dinner kami anak beranak semalam...hanya menu yang simple-simple jer....Sambal Tumis Ikan dan Sayur Lemak Rebung dengan Pucuk manis....makan dengan nasi panas-panas...sedapppp jugak...hehehe



 Rebung ni pulak...kawan en somi yang bagi...dah siap masak hantar semangkuk untuk mereka...boleh pakat-pakat rasa..











Sunday 14 October 2012

Sekitar Majlis Konvokesyen UUM

Alhamdulillah....selesai sudah Majlis Konvokesyen UUM ke 25 yang bermula pada 6-10 Oktober 2012.... penat masih lagi terasa hingga ke hari ini....seperti tiap-tiap tahun akak dan kawan-kawan bertugas sepanjang Majlis Konvokesyen berlangsung....
Ambil gambar dengan En. Mohd Faizal Ghazali....salah seorang staf di Jabatan akak yang konvo pada kali ini....tumpang gembira dan bahagia ngan kejayaan kawan-kawan...hehehe

Ini pula keluarga bapa saudara akak dari kampung...anaknya konvo pada 07 Oktober 2012...tahniah Dik Tie...moga selepas ini boleh wat kenduri n jangan lupa jemput akak yek....

Lepas ni boleh laa apply buat Phd pulak.....


Setelah selesai majlis konvo dan tugasan kami...apalagi bergambar kenangan di dalam Dewan yang meriah ngan bunga-bungaan segar....cantikkkk sangattttt....

Wajah keriangan En Mohd Faizal setelah mendapat segulung ijazah....

 Bersama rakan setugas Cik Siti Muniroh....


Dan ini juga...Puan Mazirah Abu Bakar...di gerai bunga depan Dewan MAS

TAHNIAH Buat semua rakan-rakan yang konvo kali ini dan tahniah juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Konvokesyen Ke 25 kali ini yang berjalan dengan lancar dan meriah sekali......





Monday 8 October 2012

Pulut Durian Lagiiiii.....

Salam....bersiaran kembali setelah lama menyepikan diri buat sementara....maklumlah sebagai isteri dan ibu yang bekerja ni memang sentiasa sahaja sibuk....baik di opis mahupun di rumah....minggu ni pula akak kena bertugas di dalam dewan sempena Konvokesyen UUM ke 25 bermula Sabtu 6 Oktober 2012 dan habis hari Rabu ni 10 oktober 2012....penat juga kerana setiap hari terpaksa berjalan dan berdiri di dalam dewan...

Habis cerita konvo, berbalik pada menu akak minggu ni...Pulut durian !!! sebenarnya menu ni akak buat pada minggu lepas tapi di sebabkan kesuntukan masa dan kekangan tugas...terpaksa post minggu ni...durian tu akak beli kat pasar malam....lama tak makan pulut durian sedap la pulak...apa pun jom layannnnn....hehehe

Kalau dulu nak makan pulut durian kena la tunggu musim durian...baru boleh makan...sekarang bercambah-cambah durian di jual kat pasar-pasar dan pasar malam...mahu dengan tidak jer....bila ingat kenangan dulu-dulu....masak pulut dan bawa ke dusun...bila durian gugur jer terus terkam ramai-ramai...pastu makan ngan pulut...sedapppp sebab dapat durian fresh terus dari pokok....