Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday, 20 June 2023

Santai-santai tepi rumah

Kejadian dan cerita ni adalah pada jumaat lepas...hari minggu merupakan hari berkumpul dan santai-santai bersama family tercinta....kesempatan kali ini kami amik peluang untuk bersantai sambil memancing ikan keli di kolam ayahanda...en somi amat suka bila pancingnya berjaya menaikkan ikan keli...bolehlah dibuat lauk untuk makan tengahari nnt๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Anak-anak sibuk nak naik rakit buatan sendiri oleh ayahanda dan en somi...berebut2 nak naik rakit...meriah sangat








Thursday, 15 June 2023

MUSIM BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat maya akak...lama betul akak tinggalkan blog akak ni hingga dah naik lalang dah....rutin dan tugas harian yang semakin bertambah, sebab tu lah akak jarang update blog ni

Sekarang ni kat Kedah musin buah-buahan terutamanya durian...lambakan durian disana-sini. Tahun ni, durian kat dusun akak tidak berapa menjadi seperti tahun2 lepas...sekadar boleh makan jew...๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Thursday, 6 December 2018

LAKSA KEDAH TETAP DI HATI


Assalamualaikum.....lama sudah tidak bersiaran di sini....rindu juga nak menulis tapi masa tidak mengizinkan, baru kini dapat mencuri sedikit masa terluang untuk menjengah di sini....harap kawan2 tidak lagi melupakan akak...

Berbalik pada cerita kita tentang laksa , boleh kata hampir setiap negeri ada laksa versi masing-masing. Namun laksa yang agak mirip dari segi rupa dan bahan hanyalah tiga laksa di utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Namun setiap laksa ini berbeza dan punya ciri tersendiri.
Kali ini akak nak kongsikan resepi orang tua-tua cara buat laksa Kedah. Jom kita tengok bahan2nya!
Bahan-bahan :
1 bungkus laksa kasar, direndam sehingga lembut kemudian direbus
1 kg ikan termenung (kembung) @ ikan selayang (sardin)
2 genggam cili padi (boleh dikurangkan atau lebihkan mengikut citarasa)
2 sudu kecil belacan
4 ulas bawang merah
10 asam keping
3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan, dibelah dua secara memanjang

3 batang serai, dititik

Bahan untuk ditabur atas laksa:
Daun pucuk gajus
Daun pucuk putat
Daun ulam raja
Daun selom
Timun, dimayang
Cili padi, dihiris halus
Bawang besar, dihirs
Telur rebus, dibelah mengikut citarasa
Limau nipis, dibelah dua untuk perahan
Kicap manis
Cara memasak :
Rebus ikan bersama 3-4 asam keping dan sedikit garam.
Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan perisikan dengan mengasingkan isi serta tulang dalam dua bekas berlainan. Buang asam keping.
Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi. Buat sedikit demi sedikit. Kemudian tapis beberapa kali sehingga anda pastikan tiada tulang kasar tertinggal dalam air rebusan.
Tumbuk atau kisar isi ikan. Kalau suka rasa ketulan ikan dalam kuah, jangan tumbuk halus sangat.
Kemudian kisar bawang merah, cili padi dan belacan.
Didihkan kembali air tapisan tulang ikan dan bahan kisar (bawang + cili + belacan) dalam periuk. 
Setelah mendidih, masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, asam keping selebihnya, serai, bunga kantan, dan daun kesum. Rebus sehingga kuah agak pekat dan bergabung mesra.

Setelah kuah pekat barulah masukkan bahan perasa (garam @ gula) secukupnya. Bolehlah dihidangkan.

Jom Layan !!!!

Nota : Foto kedua tu pinjam pakcik google punya...mohon halalkan yea....


Monday, 18 September 2017

Puding Lapis


Salam dan selamat tengahari....rindu dengan kawan2 alam maya....lama akak tak jenguk sini dah hampir setahun....kadang2 kesibukan dan kekangan tugas yang memaksa kita jauh terpisah


Tuesday, 6 December 2016

Pengat Labu Kuning



Assalamualaikum dan Selamat Petang kawan2 alam maya...lama betul akak x updet blog ni...kesibukan tugas dan masa yang kurang mengizinkan apatah lagi tiada citer2 menarik yang nak akak kongsikan disini....

Petang ni akak berpeluang berceloteh di sini dan nak juga update n3 akak kat blog ni....sebenarnya ni cerita 2 minggu sudah....masa akak singgah TESCO ternampak labu kuning ni terus ja beli..hasrat hati nak buat lepat labu tp memandangkan sekarang ni payah nak dapatkan daun pisang...hasrat tu terpaksa la di batalkan maka terjadilah pengat labu ni....sedappp lama2 sekali makan....
Jom kita ceduk resepinya...


PENGAT LABU KUNING

Bahan-Bahan:

1/2 biji labu manis (saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka (akak x masukkan pun)
1/2 cawan gula

Cara Membuat:

1. Potong labu bentuk kiub, saiz agak tidak terlalu kecil tidak terlalu besar. Cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul.

2. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula. Panaskan.

3. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu. Setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan.

4. Masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.




Sekian.... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sunday, 22 May 2016

LAKSA KEDAH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia....lama sungguh akak tak updet blog ni...dah naik berkulat dan berhabuk dah...kekangan masa dan kesibukan tugas membatasi segalanya..Alhamdulillah hari ni boleh kita bersua dan berkongsi idea dan resepi yang sememangnya ringkas dan dimasak dengan penuh kasih sayang....
Laksa adalah makanan yang paling akak dan adik eirah suka...kalu makan ni...siap bertambah-tambah lagi...jom kita semak resepinya...maaf  pic akak amik pic yang terdahulu ye...


RESEPI LAKSA KEDAH

1 bungkus laksa (di rebus hingga lembut dan di sejat)

Bahan kuah :

600g ikan kembung/ikan sardin
2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3-4 keping asam gelugur
1/2 inci belacan (Kalau suka tp akak tak masukkan pon)
1 liter air
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesom
10 tangkai cili kering

Bahan hiasan :

1 ikat pucuk putat/ daun selom *
5-6 tangkai cili padi *
2 biji asam limau
1 labu bawang besar *
1 biji timun *
5 biji telor (direbus)

* Semuanya diracik/ dipotong halus

Penyediaannya:

Ikan direbus dengan sedikit garam dan air. Asingkan isi dan tulangnya dan di kisar halus.
Cili kering, bawang, belacan di kisar halus. Campurkan bersama air dan isi ikan yang telah di kisar tadi ke dalam sebuah periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan garam, serbuk perasa, asam keping, daun kesom dan bunga kantan ke dalam kuah tadi. Biarkan mendidih sekali lagi dan rasakan masam, masin kuah tersebut ikut citarasa masing-masing. Sedia di hidang bersama laksa tadi dan bahan-bahan hiasan yang telah di potong .....Selamat menjamu selera...








Tuesday, 3 November 2015

Wednesday, 30 September 2015

Kuih Cara Manis

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....lama tak bersiaran disini sebab sebelum ni blog akak bermasalah...tak tahu pasai pa....lepas godek2 dan usik2...alhamdulillah berjaya juga buka blog kesayangan akak ni....

Kali ni akak saja nak share resepi kuih cara manis yang akak buat bulan lepas....tapi x sempat nak amik pic...jadi akak guna jer pic lama...boleh gitu..hihihi. Resepi kawan-kawan boleh semak di SINI atau pun amik kat bawah ye....



KUIH CARA MANIS 

Bahan-bahan: 

2 cawan tepung gandum 
3 cawan santan 
2 biji telur 
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam & gula secukupnya

Cara membuat: 

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur. 
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis. 
~ Kemudian campurkan dengan tepung gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul. 
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti. 
~ Bila separuh masak , isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya. 
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.
 
 







Sunday, 31 May 2015

Bingka Jagung

Salam dan selamat bersiaran....lama akak tak jenguk dapur dan hampir bersawang dah, hari ni baru ada kesempatan nak update n3 ...nak tanyang sikit kuih bingka jagung yang sangat sedappp sesuai dengan citarasa anak tekak akak (orang lain tak tahulah pulak...hihihi)....resepi yang sangat simple dan mudah untuk dicuba. Jom kita semak resepinya.


BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad (Akak tambah jadi 3/4 cawan)
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair
2 sudu makan pes jagung (Akak tambah)

Cara penyediaannya : 

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.















Thursday, 30 April 2015

Indulgence Kek....

Salam dan selamat sejahtera.....lama x masuk sini...saja nak share gambar kek yang selalu orang duk sebut-sebut kata sedap sangat tu...cubaan akak yang pertama walaupun rupa tidak cantik tapi rasanya tak mengecewakan... jom tengok gambar dulu....














Monday, 16 March 2015

Roti Sarang Lebah


ROTI SARANG LEBAH

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu besar madu ( ni klu tak letak pun takpa)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6 gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain@natural yogurt

sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini nanti.

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris untuk ditoppingkan pada bun bee hives tu nnt)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan, susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan maple syrup, nak makan dgn sos butterscotch pun boleh, Selamat Meroti buat semua.


SOS BUTTERSCOTCH:

1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream - guna susu cair pun boleh
1/2 sudu teh esen vanilla
25g butter

CARA2 : 
Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN SUGAR = Kacau selalu hingga gulanya cair & berbuih.. Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau tau, kang hangus pulak.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & SIAP..!!








Wednesday, 21 January 2015

Kek Coklat Lava

Salam dan selamat petang semua...petang ni akak nak jamu kawan-kawan semua ngan kek coklat lava yang sedap dan cair di mulut.






Resepi nanti akak masukkan kemudian....jamu mata dulu naaaa.....