Jom Ikut

Wednesday, 11 November 2009

Kasih ibu membawa ke syurga

Photobucket

Pengorbanan ibu memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka hanya perlukan kasih dan sayang anak-anaknya. Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya. Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama minyak yang penuh, komited dan penuh dedekasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.

Photobucket

Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Dapatkan kasih ibu, dunia milik kamu!

Photobucket

No comments:

Post a Comment