Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Friday 19 November 2010

Ketupat Palas


Ketupat Palas
Salam Aidiladha buat teman2 n pengunjung blog akak...mohon ampun n maaf andai ada salah silap dan terlanjur kata, sesungguhnya kita manusia biasa memang tak terlepas dari melakukan kesilapan samada di sedari ataupun tidak....
Kali ini akak nak berkongsi citer tentang ketupat palas....selalunya kat belah utara ni ...ketupat palas adalah menu paling popular setiap kali raya selain lemang n ketupat nasi....ini adalah percubaan akak yang kedua kali membuat ketupat palas ni...maklumlah raya haji kali ni akak x balik kampung jadi kenalah buatnya sendiri...walaupon x pandai tp kepuasan tetap ada....semangat tu lebih untuk mencuba...huhuhu dan alhamdulillah inilah rupa n bentuknya....amacam LULUS tak????

Walau apapun akak bersyukur kerana lepas ni x perlu menyusahkan mak  untuk buat ketupat palas buat akak....sebab dah boleh wat sendiri....

Resepi Ketupat Palas :
Bahan-bahan

1. 1 kilo beras pulut
2. 2 biji kelapa atau 1/2 kilogram santan pekat
3. Daun palas secukupnya yang dianyam menjadi bentuk tiga segi.

4. Garam secukup rasa
5. Gula (akak masuk dalam 1sdt jer) 

Cara Penyediaan :

Basuh beras pulut bersih-bersih dan toskan. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya. Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam serta gula , kacau sampai mendidih.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk. Kemudian pulut bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas yang telah di anyam (lebih mudah), atau bolehlah dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.

No comments:

Post a Comment