Jom Ikut

Tuesday, 11 January 2011

Bubur Kacang Hijau n Rendang Daging Pedas

Waktu balik keja hari ni...cuaca mendung n hujan turun renyai2....walaupon hari hujan sempat lagi akak dan encik hubby singgah kat kedai tuk beli ikan dan apa2 yang patut nak masak tuk makan malam nnt...setelah membeli sume keperluan nak masak...en hubby cadang suh akak masak bubur kacang...time2 hujan cam gini sedap katanya makan bubur kacang panas2....apalagi...sampai jer kat umah...terus basuh dan rebus jer kacang hijau tu tanpa rendam terlebih dulu...semangat nak makan bubur punya pasal....hehehe...sambil2 akan masak bubur tu... akak masak juga nasi dan bakar ikan (guna oven ja)...n satu lagi resepi adalah rendang daging versi akak ler...menu ni adalah menu tuk makan malam kami sekeluarga...hehehehe...jom kita layan....



Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan ( 1 family )
1 cawan kacang hijau (direbus empuk)
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir/ gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan sagu
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara
  1.  Campurkan semua bahan2 diatas. Kacau di atas api yg perlahan sehingga mendidih.
  2. Jangan berhenti mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah @ meruap. Rasa manisnya kuah bubur itu mengikut citarasa masing2....
Rendang Daging Pedas


Bahan2

1 kilo daging (dipotong kiub sebesar 5cm)
5 ulas bawang merah - (di kisar halus)
2 ulas bawang putih -(di kisar)
3 batang serai - (di kisar)
halia sebesar ibu jari - (di kisar)
1 sudu teh jintan manis dan jintan putih (di kisar)
Sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis (untuk menumis)
20 tangkai cili kering - (di kisar)
2 biji kelapa (2 mangkuk santan pekat)
2 sudu besar kerisik
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula kabung / gula biasa
Garam secukup rasa

Cara2:
Panaskan minyak dalam kuali/ periuk. Tumis bahan2 tumis...Lepas tu masukkan bahan-bahan yang telah di mesin halus tadi.. masukkan juga garam dan gula kemudian masak dengan api sederhana..
Bila agak kering....masukkan daging yang telah di potong kiub tadi bersama santan... 
Kacau sekali sekala hingga agak2 kering...Lepas tu masukkan kerisik....masak sehingga kuahnya pekat dan kering...taraaa dah masak bolehlah di hidangkan dengan lemang atau ketupat pulut atau sedap juga di makan dengan nasi..



SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment