Jom Ikut

Sunday, 30 January 2011

Kuih Kasturi aka Kuih Kacang

Sudah banyak kali projek akak nak buat kuih kasturi aka kuih kacang ni tertangguh dek kemalasan yang melanda diri.....mungkin sudah lama akak teringin nak mencuba untuk membuat kuih niiii...akak amik resepi dari dapur kak liza...sedap sangat kuih niii (mohon share di sini ya kak)...Sampai je di rumah lepas keja hari ni...buka lemari dan esbok ada bahan2 untuk buat kuih ni....apalagiiii...projek kuih pon di mulakan....sehinggalah selesai....best tengok anak2 teruja nak makan kuih niii...walaupon masih panasssss.....tapi sedap juga makan kuih ni panas2...sambil nonton dan layan cerita kat tv...hehehehe..... jom kita layan resepinya :

KUIH KACANG AKA KUIH KASTURI

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]

1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk (akak masuk pewarna kuning jer)
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara

1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.



SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment