Ni projek akak jumaat lepas....Kuih Tepung Pelita....ringkas dan mudah ...tak ada daun pandan atau daun pisang pon untuk buat acuan dia...versi orang terlebih rajin lah katakan...main masuk sume dalam loyang jer...anak2 dan en somi suka kuih niii...mereka lebih suka lagi menikmati kuih tepung pelita ini jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais....resepi ni adalah resepi keluarga...kuih ni sedap sangat... lemak2 manis n berkrim lagi....jom kita share resepi :
2 cawan Tepung Jagung
4 cawan air
4 cawan santan
1 cawan Gula
Daun pandan (kisar ambil air) /Pewarna Hijau + sirap perisa pandan
Sedikit Garam
Daun pandan (bentukkan 4 segi) - akak guna loyang jer
Cara:
Untuk Lapisan Bawah:
Masak 4 cawan air bersama 1 cawan tepung jagung, gula dan sedikit serbuk hijau. Bila sudah pekat, tuang ke dalam bekas daun pandan. Biarkan sejuk.
Untuk Lapisan Atas:
Masak 4 cawan santan bersama 1 cawan tepung jagung dan sedikit garam. Sentiasa kacau sehingga pekat. Bila adunan mula berat, tuang ke atas lapisan yang pertama tadi dan biarkan sejuk.
Tambahan:
Jika suka kuih ini dalam keadaan berair (cair), tambahkan air(utk lapisan bawah)dan tambahkan santan (utk lapisan atas).
Oklah...harapan akak moga perkongsian ini membawa berkat...insyaallah.
SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA.
No comments:
Post a Comment