Jom Ikut

Thursday, 5 May 2011

Dalca Ayam kasih sayang

Dalca Ayam kasih sayang ini akak masak dengan penuh kasih sayang buat en somi dan anak-anak 2 hari lepas....puas hati sangat sebab habis diorang makan...siap makan ngan nasi n cicah ngan roti lagikssss....huhuhu terharu akak di buatnya.
Jom kita jenguk resepinya :

DALCA AYAM KASIH SAYANG

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

Bahan hiris:

2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
1 cm halia

Bahan tumbuk:

2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah
1 cm halia
1 kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
2 sudu besar rempah kari daging
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
air asam jawa secukup rasa
beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
sayur2 spt karot, kacang panjang,tomato dan ubi kentang
santan
garam secukup rasa


Cara-cara :
 
1.Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2.
2.Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
3.Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
4.Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
5.Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
6.Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam. 7.Masukkan ketulan ayam.
8.Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
9.Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
10.Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.
 
 
Dalca ini juga sedap kalau makan ngan nasi tomato, nasi beriani dan nasi putih. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment