Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 29 May 2011

Nasi Ayam

Hari Jumaat merupakan hari yang paling sibuk bagi akak kerana hari nilah waktunya nak mengemas, membasuh, memasak dan buat segala-galanya....bagi isteri yang berkerja seperti akak ni tiada istilah cuti dalam kamus....hari-hari ada "kerja" yang menanti.....

Sempena ngan anak-anak dah mula bercuti....sume dok ada di umah...maka pada hari jumaat lepas akak masak nasi ayam untuk hidangan kami sekeluarga...resepi ni akak amik dari MYR tapi tuan punya sebenar sudah lupa namanya...sedap nasi ayamnya...mohon share disini untuk rujukan di lain kali....

BAHAN NASI AYAM :-

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin
Garam secukup rasa

BAHAN SUP AYAM :-

1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
1 kiub pati ayam "Maggi"
Garam secukup rasa

BAHAN SOS :-
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa


BAHAN PERAP AYAM :-

2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-

Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-
1.UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biarkan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

2.UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

3.UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.

4.UNTUK SOS CILI  :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...

No comments:

Post a Comment