Jom Ikut

Tuesday, 31 May 2011

Puding Kristal


RESEPI PUDING KRISTAL

Bahan2 :-

1 paket agar agar

6 mug air
2 cawan gula

BAHAN B
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan mentega
1 biji telur gred A
BAHAN C

Beberapa titik pewarna merah, hijau dan kuning

CARA MEMBUATNYA

- Agar2 dimasak bersama2 air dan gula sehingga mendidih dan cair
- Tapiskan agar2 dan ketepikan dulu
- Bahagikan adunan agar2 kepada 4 bahagian.
- campurkan setiap 3 bahagian dengan pewarna tadi (merah, hijau dan kuning)..sejuk dan bekukan
- Campurkan semua bahan B kecuali mentega dan kacau sehingga sebati
- Masukkan ke dalam larutan agar2 yang satu bahagian tadi dan masak semula di atas api perlahan
- Masukkan mentega dan kacau2kan lagi sehingga mentega cair kesemuanya
- Potong kecil2 agar-agar yang telah diwarnakan tadi dan masukkan ke dalam acuan yang di sukai
- Tuangkan agar2 yang dicampurkan susu cair tadi ke dalam acuan agar2 potong tadi dan sejukkan
- Bila dah sejuk masukkan ke dalam fridge dan sedia di hidang.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment