Jom Ikut

Monday, 9 May 2011

Jom makan vadeh


Sebenarnya vadeh ni akak buat minggu lepas lagi...cuma x dan nak masuk n3...kesibukan tugas dan kekangan masa serta kesihatan yang kurang mengizinkan....walau camna pun akak  nak share juga ngan kawan2 di sini tentang keenakan kuih ini yang begitu famous di kalangan masyarakat India malahan sekarang ini orang Melayu kita pun dah banyak yang menggemarinya. Kuih ni sedap di makan ketika masih panas tambah-tambah lagi makan bersama ngan air teh o panas...fuhhh sedapp.... Resepinya mudah dan ringkas untuk dicuba...jom kita share....

VADEH AKA MASALODEH

Bahan-bahan:

250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus (boleh tambah kalau suka pedas)
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Kaedah Penyediaan :

1. Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam.. akak rendam 1 mlm
2. Toskan air dan kisar kacang hingga halus, tak mengapa jika terdapat sedikit kacang yg tidak hancur
3. Satukan semua bahan di dalam bekas n gaul rata
4. Leperkan di atas tapak tangan yg di alas plastik yg disapu dgn sedikit minyak utk mengelakkan melekat.
5. Goreng di atas api yg sederhana

No comments:

Post a Comment