Sekadar berkongsi....
Kelebihan Bulan Rejab
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka
barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti
ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab
mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH
akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit
gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan
diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka
ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka
dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab,
permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka
ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa)
maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat
sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih
harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk
siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk
orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur,
lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda
berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW,
mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu
sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH
meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah
sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka
tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa
dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa
satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan
dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang
telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan
yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab
dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa
satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan
ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah
bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari
kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada
bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta
tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah SAW menunjukkan kelebihan
bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan
Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban
dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang
tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang
panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7
pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah
Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam
syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti
kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya,
seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah
seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu
kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Sumber : Majalah Pa & Ma.
No comments:
Post a Comment