Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 17 October 2012

Bingka Jagung Yang Sedapppp

Salam ceria  buat rakan-rakan maya yang dikasihi sekelian.Semoga semuanya sihat sentiasa serta  mendapat keberkatan dari Allah SWT.....


Hari ini akak suka nak kongsikan satu menu yang cukup ringkas untuk dicuba....walaupun penyediaannya ringkas tapi amat puashati dengan keenakan rasanya....cuba dulu baru tahu. Resepi asal kepunyaan chef tersohor Kak Hanieliza....terima kasih kak liza kerana share resepi yang cukup senang ini.Mohon cnp dan share sekali lagi di sini untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan. Resepi asal juga boleh jenguk di SINI.

dan juga di SINI

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad (Akak tambah jadi 3/4 cawan)
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair
2 sudu makan pes jagung (Akak tambah)

Cara penyediaannya : 

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.







1 comment: