Jom Ikut

Tuesday, 19 March 2013

Udang Celup Tepung

Salam selasa semua...dah lama akak tak kongsi resepi kat sini....sebenarnya dah lama dapur akak tuuu tak berasap...asyik makan kat luar dan beli bungkus jer....al maklumlah kami tinggal bertiga jer sebab Along Eiqah dah masuk asrama...tak padan nak masak untuk makan tiga orang jer....tapi kadang2 kalau jemu  tu masak juga...hehehe.

Bercakap soal masak niii...semalam atas permintaan adik Eirah yang nak makan Udang Celup Tepung akak merajinkan diri memasak untuknya dan en somi....haaa  puas makan....jom kita jamu mata....

UDANG CELUP TEPUNG

Bahan ~

½ cawan tepung gandum*
½ cawantepung beras*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 sudu besar serbuk kari*
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
sedikit garam*
300 - 500gm udang saiz sederhana
1 - 2 biji telur ~ dikocok sedikit
minyak

Cara:
Masukkan kesemua bahan2 yang bertanda * ke dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.
Ketepikan.

Cara-caranya:

- Bersihkan udang, terpulang samada nak buang kepala atau tidak (sekiranya kepala tidak mahu buang   
   kepala, gunting sesungut dan juga muncung udang)
- Toskan hingga kering.
- Gaul udang bersama dgn telur hingga rata.
- Ambil sebahagian bancuhan tepung tadi dan gaulkan udang satu persatu ke dalamnya hingga rata.
- Goreng udang yg dah digaulkan tadi ke dalam minyak yg dah dipanaskan hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili kegemaran.






2 comments: