Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday 24 September 2013

Apam Tepung Gandum Simple



Bahan-Bahan :

2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung (akak tak masukkan pun)
3/4 cawan gula (akak guna 1/2 cawan je sebab tak suka manis)
1 sudu makan yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
pewarna ikut suka (akak guna pewarna hijau)

Cara penyediaannya :

- mula-mula ayakkan tepung gandum bersama susu tepung. (ayak sekali je, kalau tak nak ayak pun x pe)
- satukan bahan ayak bersama dengan gula ke dalam mangkuk. gaul rata.
- selepas itu buat lubang kat tengah tengah bahan tadi dan masukkan yis mauripan.
- masukkan air suam di tengah tengah bahan tadi dan kacau kacau yis bersama dengan air. kalau yis tu elok.. dia akan mengeluarkan buih. kemudian kacau kacau rata bersama dengan bahan bahan lain sehingga sebati. (jangan ada ketul tepung)
- akhir sekali letakkan pewarna dan kacau kacau rata. tutup mangkuk dengan penutup dan biarkan selama 1/2 jam atau sehingga adunan naik.
- panaskan air kukusan sementara nak tunggu bahan kembang/ naik.
- boleh guna acuan @ loyang biasa. kalau guna loyang biasa, griskan dengan minyak loyang tu dulu supaya mudah di potong
- bila kukusan dah panas, bolehlah dikukus. kukus dalam 20 minit.. @ lebih..
- boleh dihidangkan bersama kelapa putih yang dikukus dengan garam.






SELAMAT MENCUBA....






No comments:

Post a Comment