Jom Ikut

Tuesday, 4 March 2014

Pulut Serimuka

Kejadian kuih ni lepas solat maghrib semalam....dah lama nak buat tapi asyik bertangguh saja...lama tak lama sudah setahun akak tak buat kuih ni....kalu nak makan beli jer kat kedai...tak tau camna terlebih rajin la pulak maka terjadilah kuih yang tak seberapa ni....tapi maaf la tak sempat nak edit gambar kuih tu  jadi akak guna jer gambar n3 yang lepas...boleh gituuuu???? apapun resepinya tetap sama..... :)


PULUT SERIMUKA

Bahan-bahan : (Lapisan bawah) 

2 cawan beras pulut 
21/2 cawan santan cair dicampur dengan sedikit garam 

Cara penyediaan : 
- Basuh pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum di masak. 
- Kukuskan sehingga masak - akak lapik loyang dengan plastik supaya senang nak keluarkan nanti. 
- Setelah pulut masak, tekankan pulut tadi supaya mampat dan cantik. 
- kukus semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan atas :

2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan (di campur sedikit dengan pewarna hijau)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jawi/kastad
2 biji telur
sedikit garam

Cara penyediaan :

- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan di kisar sebati.
- Masak sekejap di atas api hingga adunan sedikit pekat.
- Tuang perlahan-lahan ke atas pulut yang di kukus tadi.
- Kukuskan lagi lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dahulu baru boleh di potong serta di hidang.












No comments:

Post a Comment