LAWAK
- TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT: Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)
- Pen merah, pen biru, pen hitam....Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!
- Faizal : Apa yang tak kena tu Zairi?Zairi : Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Teh ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!
- Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!
- Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.
- SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
- Muni: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?Fiza: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
- Minah: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?Dora: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
- Faizal : Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....Zairi: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.Faizal: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah
- Hairil: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?Ali: Kat kampung aku ni, biasa jer.Hairil: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.Ali: Takut terlangar orang kampung aku!
- Nora: Muni, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.Muni: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave
- Hasan: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?Muni: Gula dah habis!Hasan: Yang kau pergi campur garam apasal?Muni: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
- Sham: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.Faizal: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
- Zairi: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.Hairil: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?Zairi: Buat dono jer
- Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.
No comments:
Post a Comment