Tuesday, 13 March 2012

Masak Lemak Pedas Kerang

Menu ringkas tapi membuka selera....Masak Lemak Pedas Kerang....memang laju makan nasi berlaukkan kerang masak lemak pedas camni....fuyooooo.....kena pulak dengan nasi putih panas-panas....orang lalu kat belakang pon tak nampak dah. Memang sume ahli keluarga akak suka kerang masak camni berbanding dengan sambal tumis, rendang atau lain-lain. Resepi ni adalah resepi keluarga dan ciptaan sendiri. Kalu nak cuba meh kita kongsi resepi di sini.

MASAK LEMAK PEDAS KERANG

1/2 kilo kerang - di basuh bersih
7-10 tangkai cilipadi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 mangkuk santan pekat
1 inci kunyit hidup
1-2 batang serai
2 keping asam gelugur
2 biji kentang - dikupas kulit dan dibelah
sedikit garam


Cara menyediakannya :

- Cilipadi, kunyit hidup,bawang merah dan bawang putih dikisar halus dengan sedikit santan.
- Masukkan santan yang selebihnya ke dalam periuk bersama dengan bahan-bahan kisar tadi.
- Jerang periuk diatas api yang sederhana sambil di kacau selalu.
- Masukkan serai yang telah di titik dan kentang ke dalam kuah.
- Masak sehingga mendidih dan kentang empuk barulah di masukkan kerang.
- Setelah itu masukkan asam keping dan sedikit garam.
- Masak sehingga mendidih sambil di kacau selalu .
- Siap untuk di hidangkan.








No comments:

Post a Comment