Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday, 30 April 2014

Jamu Mandara

Salam dan selamat pagi.....sukacita akak nak berkongsi di sini tentang kebaikan jamu ini untuk para ibu dan wanita di luar sana. Kebaikannya terbukti apabila maklumbalas yang diterima dari pengamal Jamu Mandara bahawa mereka kagum dengan tindakbalas positif setelah mengambil produk ini dalam tempoh yang singkat. Malah ada yang mengatakan tak mungkin akan berpaling dari produk Jamu Mandara berikutan khasiat yang dinikmati melebihi harga yang ditawarkan iaitu sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Produk ini mesra pengguna kerana sesiapa sahaja mampu membeli malah mengulangi membeli disebabkan khasiat yang diperolehi adalah seimbang dengan harga yang ditawarkan. Jamu Mandara BERJAYA mengubah pandangan sesetengah masyarakat yang tidak percaya akan kebaikan herba traditional. Ini dapat dibuktikan apabila ramai pelanggan Jamu Mandara terdiri dari mereka yang berkerjaya profesional telah menjadikan Jamu Mandara sebagai suppliment harian untuk meningkatkan stamina.

Ini testimoni akak sendiri dengan Jamu Mandara :

Mulanya akak hanya mencuba untuk diri sendiri....kaum wanita dan para ibu malahan anak gadis pun tidak terlepas dari masalah keputihan ini...bermacam-macam ubat dan cara akak cuba untuk menghilangkan masalah ini tapi tidak berjaya sehinggalah akak temui dengan herba dan jamu ajaib ini...kini masalah akak sudah dapat diatasi dengan mengamalkan jamu terbaik ini. Benda baik patut kita kongsi dengan rakan-rakan semoga semua dapat manfaatnya...kini akak juga menjadi salah seorang agen Jamu Mandara khususnya di kawansan UUM Sintok, Changlon, Bukit Kayu Hitam dan mana yang berdekatan yang mahu mencubanya bolehlah menghubungi akak untuk mendapatkan jamu ini.



Jamu Mandara terdapat 2 jenis dan setiap satunya ada kelebihannya yang tersendiri.

1. Jamu Mandara 1
2. Jamu Mandara 2


Antara Khasiat Jamu Mandara

Khasiat Jamu MandaraJAMU MANDARA 1

Melegakan kepenatan fizikal
Melegakan keputihan
Melegakan senggugut
Melancarkan perjalanan haid
Menyihatkan badan selepas bersalin

Cara Pengambilan- diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).
Kuantiti Kapsul- 60


JAMU MANDARA 2

Mengurangkan berat badan
Membuang angin
Membantu penghadaman serta
Melegakan sembelit yang ringan
Diet dan senaman yang berterusan adalah diyorkan.

Cara Pengambilan - diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).

Kuantiti Kapsul- 60

Harga jamu ini berpatutan dan tidak mahal...cuma RM 35.00 sahaja untuk satu botol(SM), RM38 (S&S) (caj penghantaran RM6.00)










Monday, 21 April 2014

Sayur Lemak Rebung Dengan Bayam


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 kg rebung yang telah dihiris, cuci dan celur hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
50g daun bayam
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1/2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

Masukkan rebung yang telah dicelur tadi ke dalam periuk bersama2 hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Gaul rata, tuang santan cair dan jerang atas dapur hingga mendidih. Kacau sekali sekala dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air.
Masukkan pati santan. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Masukkan pula daun bayam sambil di kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..












Monday, 14 April 2014

Minyak Kelapa Dara



Minyak kelapa yang dara iaitu minyak dara yang diproses tanpa menggunakkan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.


Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.



Antara kebaikan dan khasiatnya :

Mengurangkan kadar kolestrol
- ia sendiri tidak mengandungi kolesterol
- oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
-anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
Tubuh lebih tahan serangan penyakit
-kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
-ia mempercepatkan penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
-sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
Keadaan berdengkur akan hilang
-kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Mengelakkan risiko sakit kanser-minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
-mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.





Sumber : Copy paste dari Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd