Jom Ikut

Sunday, 19 December 2010

Kek Karot


Sebelum di bakar



Kek yang telah siap di bakar
 Sebenarnya N3 ni dah lama...sebab kesibukan dan masa yang tidak mengizinkan akak terpaksa simpan dulu...walau apapun akak nak juga tunjuk pada kawan2 sume kak karot yang telah akak pelajari (resepi asal kak hanieliza) terima kasih kak liza...sedap betul rasa kek ni...mohon kongsi dan cnp resepinya di sini ya.... kek ni memang sedap rasanya...maaf ler tak sempat nak amik gambar masa kek ni di potong...sayangnya akak x sempat buat pun toping atau hiasan kat atas kek ni sebab x cukup bahan. akak hanya gunakan bahan2 lebihan masa buat kek untuk raya haji lepas jerk....huhuhuhu...apapun terima kasih kak liza atas resepinya.....

KEK KAROT

Bahan

250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang (akak gantikan ngan badam cincang)
230 g tepung gandum/tepung kek ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.

1. Panaskan acuan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukus/bakar adunan selama lebih kurang 50 minit/ sehingga masak
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju

250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.

1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek karot yg telah sejuk

No comments:

Post a Comment