Jom Ikut

Friday, 24 December 2010

Lontong Sempoiii


Hari ni akak cuti...lama dah teringin nak makan lontong ni...asyik dok makan yang orang buat jer...kali ni rasa cam nak buat sendiri la pulak...resepi lontong ni akak amik dari fp kak liza, mohon kongsi di sini ya kak.... lama dah dok tersimpan rapi dalam laci buruk akak tuu...apa kata hari ni di cuba...mmm..tanpa membuang masa, sebaik buka esbok ada lagi sayur2an yang berbaki...apa lagi...xtvt memasak pon dimulakan...hehehehe....nasi impit tu akak wat seniri jer..x beli yang peket kat pasaraya pon...jimat belanja.... lagi pula puas kalu masak sendiri ni..leh ulang2 makan...

Resepi Lontong aka Kuah Lodeh :

Bahan sayuran

1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat [potong kecil]- akak x masukkan pon
3 biji kentang [potong kecil] - x masukkan juga
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil] - pon x masukkan
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan

5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain

1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan samapai ikan bilis atau serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

Nota :

Hidangan ni untuk seramai 10 orang makan...kalau keluarga yang kecil tu kurangkanlah anggaran ikut kepandaian sendiri...hehehe

No comments:

Post a Comment