Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 21 March 2012

Buah Melaka

Dah lama tak buat buah melaka ni...sejak bulan ramadhan lepas baru kali ni berkesempatan membuatnya...tu pun sebab anak-anak minta akak buat sebab mereka tak puas makan buah melaka yang en somi beli dari kedai. sekarang ni...sume mahal dah naik harga...buah melaka 4 biji dah 30 sen....baik buat sendiri baru puas makan ....

Resepi Buah Melaka

Bahan-Bahan: 
2 cawan tepung pulut 
3 camca besar tepung jawi/gandum
jus pandan / pewarna hijau secukupnya 
2 ketul gula melaka 
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja] 
sedikit garam

Cara: 
1. Bancuh tepung pulut dan tepung jawi/gandum dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. 
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat. 
4. Panaskan air hingga mendideh. 
5. Masukkan bebola pulut tadi. 
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 
8. Hidangkan. 








No comments:

Post a Comment