Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday, 14 March 2012

~ Sayang d sayang Part 1 ~


Lama akak tak menulis dan bercerita perihal anak-anak...asyik menulis perihal dapor jer....kali ini akak nak kongsi di sini kisah anak-anak pulak.....rasanya baru semalam anak-anak berada di rumah sebab cuti penggal persekolahan selama 1 minggu....tanpa di sedari hanya tinggal beberapa hari saja lagi mereka akan kembali semula ke sekolah...rasanya bagai baru semalam saja mereka bercuti...betapa masa yang berlalu begitu pantas sekali meninggalkan kita..maka dengan itu bertambah jugalah usia kita....Hari ni akak nak cerita perihal adik Irah iaitu anak kedua akak yang paling banyak ragam dan paling keletah sekali....


Ini adalah gambar terbaru adik Irah...bulan depan genaplah usianya 6 tahun (18 April 2012)...hari-hari asyik dok tanya saja...bila mama nak buat majlis untuk sambut hari jadinya...sebab katanya dia nak jemput kawan-kawannya datang umah...
Adik Irah ni memang suka sangat kalau bergaya depan kamera...macam-macam aksi dia nak buat...mengalahkan model iklan lagaknya.

Sesungguhnya akak amat berterima kasih dan bersyukur kepada yang Maha Esa sebab di kurniakan dua orang puteri yang sempurna dan comel (masuk bakul angkat sendiri jap)bagi melengkap dan menceriakan keluarga kami. Alhamdulillah ya Allah.....
Adik yunk ni memang  seorang yang sangat aktif di rumah mahupun di sekolah ( Tabika KEMAS) dan dia tumbuh sebagai anak yang berhati cekal, tabah dan berani. Hobi adik Irah ni memang suka melukis, mewarna dan membaca . Dia juga banyak bertanya sampai kadang2 tak terjawab akak dibuatnya..Akak sangat-sangat bersyukur kerana seusia umurnya 5 tahun dia dah boleh membaca dan pernah memenangi beberapa pertandingan yang disertainya.


Doa dan harapan akak sebagai ibu agar adik Irah akan terus membesar sebagai anak yang cerdik, pintar, pandai serta berakhlak mulia..moga hidupnya sentiasa diberkati Allah SWT serta di permudahkan baginya segala urusan di dunia mahupun di akhirat...amin.



No comments:

Post a Comment