Jom Ikut

Thursday, 22 March 2012

Pulut Inti


PULUT INTI

Bahan-bahan :

3 cawan beras pulut - di rendam lebih kurang 2 jam
1 mangkuk santan pekat
sedikit garam dan gula

cara -cara :

Kukus pulut sehingga masak.
Di dalam bekas yang besar...campurkan garam dan sedikit gula ke dalam santan dan gaul sebati.
Masukkan pulut yang masih panas ke dalam santan tadi.
Gaul sehingga pulut dan santan sebati, tidak berketul dan nampak berkilat.


Bahan Inti :

1 cawan air
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir -  boleh kurangkan jika terlalu manis
1-2 sudu tepung gandum - tak letak pun tak apa
sedikit garam

Cara-cara :

Masak gula merah dan gula pasir dengan sedikit air dan tapis.
Masukkan kelapa parut, tepung gandum dan sedikit garam
Gaul sebati dan masak sehingga kelapa /inti tadi menjadi sedikit kering
Siap untuk hidangan dengan pulut.









2 comments:

  1. Pen Biru ...akak pun suka gak pulut sambal...tp memandangkan anak2 suka inti manis...tu yang akak buat inti manis tu...:)

    ReplyDelete