Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 25 March 2012

~Sambal Tumis Ikan Kembung aka Ikan Temenung~

Lama tak masak sambal tumis ikan kembung atau di panggil juga ikan temenung camni....sesekali makan sedap la pulak....kena pulak dengan kangkung gorang belacan, ikan masin goreng atau ikan pekasam...hmmmm...bestttt sangat. Menu ringkas ni adalah menu makan tengahari akak sekeluarga jumaat lepas sebelum bertolak balik ke kampung....nak cepat punya pasal ini ja la yang sempat di masak...tu pun laju ja en somi menambah nasi....hehehehe

SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG


Bahan-bahan :

3 ekor ikan kembung sederhana besar
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2 cawan perahan air asam jawa
12 cawan minyak masak
sedikit gula - jika suka
garam secukupnya


Cara membuatnya :

Bersihkan ikan dan goreng   - ketepikan
Blender cili kering, bawang besar dan bawang putih
Panaskan minyak di dalam kuali
Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi sehingga garing
Masukkan gula, garam dan air perahan jus asam jawa
Masak hingga mendidih dan pekat serta terbit minyak
Lepas tu...masukkan ikan yang di goreng tadi
Gaul kuah sambal hingga sebati dengan ikan dan terus anngkat
Siap untuk di hidangkan.





5 comments:

  1. sedappp...so ni dish untuk dinner malam nih...hihihi..thanks kak..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. nk msk esk utk lunch sbb mak outstation..sy kene ambik alih tugas dia.. msk utk adik2.. thank u

    ReplyDelete
  3. nk msk utk adik2 sbb mak outstation!!

    ReplyDelete
  4. nk msk esk utk lunch sbb mak outstation..sy kene ambik alih tugas dia.. msk utk adik2.. thank u

    ReplyDelete