Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 2 April 2012

~~~ Puding Pelangi ~~~

Hari Khamis lepas...kat tempat keja akak ada buat gotong royong sempena pertandingan 5S antara jabatan. Setiap tahun...pihak Universiti memang menetapkan antara bulan April hingga ke bulan Mei sebagai bulan 5S yang melibatkan program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja.

Berbalik pada cerita 5S...bila ada gotong royong pasti ada makan-makan kan??? hehehe....hari tu pihak opis bermurah hati menjamu kami semua staf makan dengan mengoder Nasi Tomato berserta lauk pauknya...sedapppp dan terima kasih kaun keladi pada boss kerana buat jamuan pada hari tu...len kali bleh makan free lagiiii....Seronok makan ramai-ramai kat opis...rasa hati cam nak buat sesuatu untuk jamuan hari tu ngan kawan-kawan tapi tak sempat nak g beli barang-barang....tapi keinginan nak buat satu menu tetap menggunung di hati...apalagi acara terjah menerjah dapur pun bermula...cari punya cari terjumpa la agar-agar dan baki roti gardenia 3-4 keping lagi.... wah ni sudah cukup bagus....boleh ler wat puding kalu camni...hehehe. Walaupun dah lewat malam...semangat nak buat tu cukup membara dalam hati...apalagi langkah di atur dengan sebaik mungkin dan teliti dalam setiap pergerakan. Suasana malam yang dingin dan sunyi, almaklumkan anak-anak semua sudah lena di ulit mimpi memudahkan usaha akak untuk menyiapkan hidangan ini tanpa gangguan...eeecewahhhhh sesekali berbicara macam cerita dalam buku novel la pulak....hehehe. Walau apapun, tanpa membuang masa dengan berceloteh kosong jer...meh kita tengok kejadian puding akak tu.....

PUDING PELANGI

Bahan A :
5 keping roti gardenia
11/2 cawan susu cair
2 biji telor
1 cawan air
1/2 cawan gula

*Semua bahan-bahan diatas di blender hingga sebati dan halus.

Bahan B :
10g agar-agar tali
21/2 cawan air
Perwarna hijau, merah dan kuning (ikut citarasa sendiri nak warna apa)
Cara-caramenyediakannya :

- Basuh agar-agar tali dan masak diatas api bersama 21/2 cawan air tadi .
- Biarkan agar-agar itu hancur dan mendidih.
- Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi kedalam adunan agar-agar.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan terus padamkan api.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan setiap satunya diwarnakan dengan warna yang berlainan.
- Sediakan loyang dan masukkan setiap warna secara berselang seli antara satu sama lain.
- Lapiskan adunan sehingga selesai.
- biarkan sejuk seketika baru di masukkan ke dalam peti sejuk.




Maaf yer...tiada keratan rentas gambar untuk puding ni sebab bila potong ngan kawan2 kat opis tak sempat nak amik gambar...hehehe. 



1 comment:

  1. wah rajinye..sedap ni..apakan daya , kalau boleh sy nk oder je sbb sy malas.heheh

    ReplyDelete