Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 1 April 2012

...Begedil oh begedil....


BEGEDIL DAGING BURGER

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.







3 comments:

  1. Sy suka begedil.Tp agak leceh dgn kentang tu.Utk mudahkn keja sy,sy bli mashed potato powder,bncuh dgn air panas je.Hehe.

    ReplyDelete
  2. saya letak serbuk lada sedikit

    ReplyDelete
  3. saya letak serbuk lada sedikit

    ReplyDelete