Jom Ikut

Tuesday, 15 May 2012

Jom minum petang ....Kuih bom lagiiiiiiii

Kuih bom durian wat makan-makan petang kami sekeluarga pada hari ahad lepas....sebenarnya durian ni akak frozenkan....bila nak makan baru keluarkan dari esbok...hahahaha....lama tak makan cucuq durian ni...sedap la pulak (cewahhhh masuk bakul angkat sendiri nampak)....adik Irah suka sangat ngan durian ni...laju ja dia makan....Along Iqah pula tak suka durian....jadi pandang jer laaaa si adik makan....sabar jer la Along...nanti len kali mama wat donut kesukaan Along tu ekkkk....

KUIH BOM DURIAN

Bahan-bahan :

1 cawan isi durian
1/12 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
4 camca besar gula
1 cawan air (kurang/lebih )
1/4 camca teh garam halus

Cara menyediakannya :

1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat adunan yang boleh di jemput. Rehatkan selama lebih kurang 5 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan ke dalam minyak panas tadi, goreng sehingga kuning keemasan pada keseluruhan kuih bom/cekodok tadi.

3. Angkat dan toskan. ..buatkan kaedah yang sama sehingga habis adunan.
4. Siap untuk hidangan.





2 comments: