Ucapan istimewa ini di tujukan khas buat ibuku, ibu mertuaku dan juga semua sahabat dan rakan-rakan yang bergelar ibu di seluruh dunia....sesungguhnya ibu adalah ratu di hati kita semua....
Ibu Akak - Puan Halimah bt Dahaman |
Buat ibuku (HALIMAH BINTI DAHAMAN) ....terima kasih mak kerana melahirkanku ke dunia ini, membelai, menjaga, merawat dan memberi sepenuh kasih sayangmu kepadaku...walaupun keadaanmu susah dan perit namun dirimu tidak pernah bersungut demi membesarkan kami adik beradik...terima kasih mak atas setiap titisan air susumu yang mengalir dalam urat saraf dan tubuh badanku....sesungguhnya jasa dan pengorbananmu tak terbalas olehku....ku panjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dirimu sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya serta diberi kesihatan yang sempurna, panjang umur, murah rezeki serta di permudahkan dalam segala urusan....sesungguhnya aku begitu sayang sangat kat mak...tiada dua dan tiada tiganya dihatiku....Luv U mak....
My MIL - Siti Maryam bt Salleh |
Selamat Hari Ibu buat ibu mertua akak....semoga hidup mak sentiasa bahagia dan diberi kesihatan yang baik serta bahagia selalu hendaknya.....terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan mak yang melahirkan dan memberiku seorang suami yang terbaik buatku....sesungguhnya kami semua sayang pada mak dan tidak akan mensia2kan kasih sayang mak itu....doaku moga mak diberkati dan dipermudahkan dalam semua urusan...amin.
Sesungguhnya akak begitu bangga dan terharu sekali hari ni diatas ucapan Selamat Hari Ibu daripada en.somi dan anak-anak bersempena hari ibu tahun ini....terima kasih juga buat anak-anak kerana memberi hadiah buat mama...sesungguhnya mama amat terharu sekali kerana anak2 mama menghargai segala kasih sayang mama selama ini....terasa sangat pengorbanan dan kasih sayang mama selama ini buat anak2 dihargai....thanks.... Love you both....
Hadiah dari Along IQah....
Hadiah dari Along IQah....
No comments:
Post a Comment