Jom Ikut

Tuesday, 26 March 2013

Jom buat Kek Tiramisu

Setelah sekian lama duk peram resepi kek tiramisu ni...alhamdulillah ada juga peluang untuk mencubanya....walaupun kejadiannya tidaklah secantik kek chef-chef yang tersohor tuuu tapi rasanya tetap memikat hati kami sekeluarga....yummy....jom kita layan gambar....






TIRAMISU

Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [kalau tak ada perisa apa pun ok jer]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.









1 comment: