Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 31 March 2013

Donut Kentang Yang Lembut

Salam...hari ni nak tayang resepi yang akak buat jumaat lepas....sebelum ni pernah dah buat donut kentang ni tapi ikut resepi yang kawan akak bagi tapi  kali ni akak guna resepi yang akak amik dari blog cik ros jintanmanis tu di sini...terima kasih kerana sudi share resepinya dan mohon halalkan saya cnp kat sini pula untuk rujukan bersama....donut ni sangat lembut walaupun disimpan berjam-jam lamanya....





Donut Kentang

Bahan-bahanya :

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

Caranya. 
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..












1 comment: