Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday, 6 October 2009

Cantik dan Lawa

ANDA CANTIK!
ANDA LAWA !
ANDA CUTE !

Inilah RAHSIANYA........
Ingin terus mengekalkan wajah yang lawa dan manambah kecantikan yang ada ???






~Tanpa menggunakan barang kosmetik yang membebankan…
~Tidak melibatkan sebarang bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada badan….
~Pastinya tidak menbazirkan wang yang berlebihan dan memberi nilai kepada wang anda...


CANTIK…..

Ada dalam setiap insan yang bernama wanita

Namun ingatlah bahawa kecantikan itu….

Bukanlah untuk diperagakan….

Bukan untuk didedahkan

TETAPI!!


Wanita semakin cantik apabila segala yang ada pada anggotannya, ditutup sempurna..

Nampak sopan tidak menjolok mata,

Persis wanita timur yang bangga dengan budaya Malaysia….

Syaratnya mudah iaitu :

~Kain tidak jarang hingga memperlihatkan warna kulit.
~Pakaian tidak terlalu ketat dan pendek sehingga menampakkan susuk tubuh yang menjadi rahsia.
~Peliharalah rambut sebagai mahkota wanita dengan memakai tudung yang melepasi dada.


SUSAHLAH !!!


Percayalah sahabat, tiada yang menyusahkan kerana Islam itu tidak pernah membebankan. Kita sekadar diajar untuk menjaga fitrah atau sifat semula jadi manusia yang ingin sentiasa kelihatan cantik dan lawa…..


LAWA….


seorang wanita pula letaknya di hati. Jika hati bersih, wajah pasti berseri....


Kalau begitu, cantik dan lawa wanita untuk siapa ?
Pasti untuk muhrimnya seperti :

~Keluarga iaitu ayah, abang dan adik-adiknya sahaja.
~Suami tersayang.
~Sesama wanita Islam yang lain.


PANASLAH !


Sesungguhnya ada yang lebih panas daripada haba cahaya mata hari dunia…

Kita hendaklah selalu beringat dan percaya !

Kita sebenarnya sudah tahu dan sudah lama faham tentang aurat wanita ..

Cuma kita buat tidak tahu dan tidak mahu untuk faham.

Wahai Wanita….

Wahai Perempuan…

Wahai Gadis…

Wahai Permaisuri…

Wahai Srikandi…

Wahai Puteri…

Wahai Cik Adik manis…


WAHAI SEMUA !

Biar apapun gelaranmu,

Sambutlah seruan untuk menjaga auratmu kerana hal ini menjadi lambang kesungguhan dirimu dalam menjaga agamamu…


Wanita akan terus cantik dan lawa apabila :
1. Mengamalkan ilmu bermanfaat yang telah dibaca.

2. Memperbanyakkan risalah ini dan memberikan kepada sesiapa yang berhak untuk menerima. Sesiapa sahaja! Tidak kenal pun tak apa kerana kita adalah sesama saudara.

No comments:

Post a Comment