Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 6 December 2009

Gaya Asuhan Ibubapa


Mari kita memuhasabah kembali diri kita, bagaimanakah cara kita mengasuh anak-anak kita. Secara umumnya kita rasakan tidak melakukan apa-apa kesilapan semasa mendidik anak-anak. Bagaimanapun, mari kita semak tip di bawah...gaya asuhan manakah menjadi amalan seharian kita di dalam mendidik anak-anak...

KESAN GAYA ASUHAN POSITIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK

1) Jika anak sentiasa diberi kasih sayang tanpa syarat ia akan menjadi seorang yang penyayang.

2) Jika anak selalu ditabahi ia akan menjadi seorang yang penyabar.

3) Jika anak selalu diberi galakan ia akan menjadi seorang yang yakin diri.

4) Jika anak selalu diberi pujian ia akan menjadi seorang yang menghargai dirinya.

5) Jika anak dilayan dengan saksama ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.

6) Jika anak diberi pengiktirafan ia akan suka dan sayang pada dirinya dan pada orang lain.

7) Jika anak dihormati ia akan menghormati orang lain.

8) Jika anak sentiasa didampingi dan diterima ia akan menjadi seorang yang tahu menjadikan dunia ini tempat

yang seronok, selesa dan bahagia.

9) Jika anak sentiasa dihargai ia akan menjadi seorang yang produktif.


10) Jika anak diberi perlindungan ia akan menjadi seorang mempunyai kepercayaan diri.

KESAN GAYA ASUHAN NEGATIF IBU BAPA TERHADAP SIKAP DAN TINGKAHLAKU ANAK

1) Jika anak selalu dikecam ia akan menjadi seorang yang suka mengecam orang lain.

2) Jika anak selalu diseterui atau dimusuhi ia akan menjadi seorang yang suka bergaduh dan berkelahi.

3) Jika anak selalu dihina ia kan menjadi seorang yang pemalu dan kurang yakin diri.

4) Jika anak selalu diberi pujian berlebihan ia akan menjadi seorang yang riak dan sombong.

5) Jika anak selalu dilayan dengan kekerasan dan marah-marah ia akan menjadi seorang yang agrasif dan

suka membantah.

6) Jika anak selalu dibeza-bezakan ia akan menjadi seorang yang tidak puashati, irihati dan rasa bersalah.

7) Jika anak dipersalahkan ia akan menjadi seorang pembohong dan pendendam.

8) Jika anak selalu dikritik ia akan menjadi seorang tidak yakin diri.

9) Jika anak selalu dimenangi walaupun bersalah ia akan menjadi seorang yang biadab, suka menyalahkan

orang lain dan besar kepala.

10) Jika anak selalu disisir ia akan menjadi seorang merasakan dirinya tiada harga diri.

11) Jika anak selalu dibohongi ia akan menjadi seorang pembohong dan penipu.




No comments:

Post a Comment