Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 26 December 2010

500 Blog

banner-ben-3

Salam sume....akak saja suka2 untuk sama-sama bersiaran di ruangan blog bagi memeriahkan lagi cabaran 500 blog edisi saudara Ben...
Seperti yang dikehendaki...berikut di paparkan sedikit mengenai diri akak :
Akak merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya hati, juga merupakan seorang wanita yang berkerja.....menulis blog sekadar berkongsi pengalaman dan mengisi masa terluang....

Sekian...ceria2kan diri selalu.....

Friday 24 December 2010

Lontong Sempoiii


Hari ni akak cuti...lama dah teringin nak makan lontong ni...asyik dok makan yang orang buat jer...kali ni rasa cam nak buat sendiri la pulak...resepi lontong ni akak amik dari fp kak liza, mohon kongsi di sini ya kak.... lama dah dok tersimpan rapi dalam laci buruk akak tuu...apa kata hari ni di cuba...mmm..tanpa membuang masa, sebaik buka esbok ada lagi sayur2an yang berbaki...apa lagi...xtvt memasak pon dimulakan...hehehehe....nasi impit tu akak wat seniri jer..x beli yang peket kat pasaraya pon...jimat belanja.... lagi pula puas kalu masak sendiri ni..leh ulang2 makan...

Resepi Lontong aka Kuah Lodeh :

Bahan sayuran

1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat [potong kecil]- akak x masukkan pon
3 biji kentang [potong kecil] - x masukkan juga
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil] - pon x masukkan
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan

5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain

1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan samapai ikan bilis atau serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

Nota :

Hidangan ni untuk seramai 10 orang makan...kalau keluarga yang kecil tu kurangkanlah anggaran ikut kepandaian sendiri...hehehe

Sunday 19 December 2010

Kek Karot


Sebelum di bakar



Kek yang telah siap di bakar
 Sebenarnya N3 ni dah lama...sebab kesibukan dan masa yang tidak mengizinkan akak terpaksa simpan dulu...walau apapun akak nak juga tunjuk pada kawan2 sume kak karot yang telah akak pelajari (resepi asal kak hanieliza) terima kasih kak liza...sedap betul rasa kek ni...mohon kongsi dan cnp resepinya di sini ya.... kek ni memang sedap rasanya...maaf ler tak sempat nak amik gambar masa kek ni di potong...sayangnya akak x sempat buat pun toping atau hiasan kat atas kek ni sebab x cukup bahan. akak hanya gunakan bahan2 lebihan masa buat kek untuk raya haji lepas jerk....huhuhuhu...apapun terima kasih kak liza atas resepinya.....

KEK KAROT

Bahan

250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot [parut dan celur - toskan kering]
100g prune cincang (akak gantikan ngan badam cincang)
230 g tepung gandum/tepung kek ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k serbuk kulit kayu manis ]

Cara.

1. Panaskan acuan
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot, kismis dan prune.
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukus/bakar adunan selama lebih kurang 50 minit/ sehingga masak
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju.

Cream Keju

250 g cream keju
50 g gula halus
50 g fresh cream
1 cawan yogurt perisa buahan

Cara.

1. Pukul semua bahan sehingga gebu dan sapukan pada kek karot yg telah sejuk

Sunday 5 December 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


Selasa ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Suka juga akak kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (Isnin, 6 Dec 2010). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun.

Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah Swt.


Doa Awal Tahun.

Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.






Sumber : Mutiara Hikmah