Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 27 March 2011

Adik Irah tunjuk bakat terpendam....


Selamat pagi dan selamat sejahtera semua...pada 26 march 2011 baru-baru sekolah adik Irah ada menyertai pertandingan mewarna sempena perasmian "Giant Car Boot Sale" di UUM dan adik Irah merupakan salah seorang daripada peserta pertandingan mewarna tuuu....
Adik Irah memang teruja dan seronok sangat untuk menyertai pertandingan tu...tiap2 hari asyik dok bercerita pasal hari pertandingan tu jer....hehehehe...
26 march 2011..pagi2 lagi adik Irah sudah bangun...seronok punya hal..pukul 9.00 pagi kami sampai di tempat tu...ingatkan kami yang terawal..rupanya ada lagi yang lebih awal....sebenarnya kami la yang terlewat...huhuhuhu...suasana kat perkarangan masjid UUM nampak begitu meriah sekali pada hari tu dengan kehadiran ibu bapa dan anak-anak yang masuk dalam pelbagai acara yang dipertandingan hari tu...congkak, batu seremban dan lain-lain.....ada kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah dari beberapa sekolah sekitar Kbg Pasu.
Berbalik ngan citer adik Irah...setelah mendaftar..adik Irah dan kawan2nya diberi kertas untuk mewarna dan mengambil tempat masing2....hampir 15 minit kemudian acara pon bermula.....preeetttttttttttt.....





haaa..tengok tuuu betapa khusyuknya adik Irah dan teman-temannya mewarna sampai tak toleh kiri dan kanan lagiiii...hehehehe...banyak juga tadika d sekitar Changlon yang menghantar penyertaan...pertandingan terbuka kepada kanak-kanak tadika yang berumur 5 dan 6 tahun dan Adik Irah masuk pertandingan ni atas tiket kategori pelajar tadika 5 tahun...

sukeeee.....ha ni la rupanya gambar dan lukisan yang telah adik Irah warnakan tuuu....setelah penat sampai berpeluh2 anakku mewarna.....akhirnya berjaya juga menghabiskan lukisannya....
ni la rupa lukisan adik Irah tuuu
Gambar bawah...adik Irah beratur untuk menghantar lukisannya yang dah siap d warna kepada pihak urusetia.

Hari pertandingan tu cuaca tak berapa baik...hujan renyai2....nak jalan2 tengok car boot sale pon kurang selesa sebab hujan....kesian anak2 nnt basah pula....maka akak dan anak2 tunggu dalam khemah jer....keputusan pertandingan sudahpon siap...dan emcee mengumumkan pemenang tempat ketiga kategori 5 tahun...tempat kedua dan johan kategori 5 tahun...NUR HAZIRAH....wahhhh tergamam akak...tak sangka nama anak akak di sebut...tahniah dikkkk....dan inilah ropanya hadiah tuuu....
d samping hamper kemenangannya
mmmm....dah menang dan dapat hadiah...tudung kepala adik Irah pon dah terlucut dah...hehehehe...sebenarnya adik Irah penat dan dah tak tahan panas serta berpeluh2...tak pa dik..la ni adik kecik lagiii...nnt besaq kalau dah pakai tudung tu...jangan dok buang naaa....apapon akhir sekali mama,abah, along Iqah dan sume kawan2 adik gembira dan ucap tahniah buat adikk kerana menang pertandingan hari tuuu...teruskan usaha dan semoga kejayaan sentiasa bersama adik dalam semua bidang...amin.

Monday, 21 March 2011

Bihun Sup Tulang

Salam Mesra buat semua sahabat2 blogger semua...petang ni akak saja nak tayang bihun sup tulang yang akak masak minggu lepas tapi tak sempat nak masuk n3...kebetulan anak saudara yang baru kawin ingin bertandang ke umah...jadi sempat juga menjamu mereka ngan bihun sup ni...

BIHUN SUP
Bahan A

1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah

500 gm Tulang
300 gm perut (akak tak masukkan pon)
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan

daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Bahan Sos Cili

10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut dan lekang daripada tulang.
2. Daging pada tulang dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan

Kuih Cara Manis

Kuih Cara ni permintaan dari anak kecil akak...dia panggil bahulu hijau....memang dah lama dia suruh akak buat , dan baru ada kesempatan buat kuih ini untuknya....seronok tengok dia makan....sume dia nak kawal sorang....kuih ni sedap dan mudah untuk menyediakannya serta cepat...jom kita tengok resepinya :

KUIH CARA MANIS

Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya
Cara membuat:

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan tepung gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Bila separuh masak , isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Sunday, 20 March 2011

Laksa Utara.....sukeeee....

Sudah lama hasrat d hati nak makan laksa tp x berkesempatan nak buat ....sibuk jer memanjang...nak beli d kedai x puas makan...akak kalau makan laksa tak sah kalu x tambah...makan laksa ni suka berulang-ulang...baru bestttt....tambahan pula ianya merupakan makanan kegemaran akak...

Pada cuti hujung minggu baru ni akak sempat juga membuat laksa...mmm..puas makan...sampai orang dok d sebelah pon x  nampak  dah (hehehehehe) ... apa pon jom kita layan resepi laksa ni pulak....

LAKSA UTARA

Bahan-bahan ( untuk 5 org )


2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
2btg bunga kantan - dipotong dua
3 ikat daun kesum
3sb cili giling
10bj cili padi - ditumbuk halus
20 keping asam gelugor
20gm belacan
garam & serbuk perasa
1 peket laksa ( direndam & di rebus)
- Bahan-bahan ulam -

1 labu bawang besar
1 ikat daun selum
1 btg timun
3bj telur rebus
3bj limau
1 btg bunga kantan
Cara-cara
 
1.Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor dan sedikit garam. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga masak.
2.Bila dah masak,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3.Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas. 4.Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5.Masukkan garam & serbuk perasa.
6.Bawang besar, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau dipotong dua.
7.Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.
 
SELAMAT MENJAMU SELERA....

Thursday, 10 March 2011

Nasi Himpit Kuah Kacang

Resepi nasi himpit kuah kacang ni adalah resepi bonda akak...mmm....bestttt....jom kita jenguk kat dapor bonda akak....

Nasi himpit :

- boleh juga beli yang sudah siap di packing....balik rebus jer....

Kuah Kacang:

2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
10 tangkai cili kering
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
sedikit air asam jawa
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:

Cili kering,bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia di mesin halus.....
Masukkan minyak ke dalam periuk, apabila minyak agak panas masukkan bahan2 yang di mesin halus tadi
masak hingga garing dan pecah minyak dengan api yang sederhana.
Sementara menunggu kuah masak..bolehkan di mesin/ di tumbuk kasar kacang tanah yang telah di goreng tadi. Masukkan kacang ke dalam kuah tadi bersama gula dan garam serta air asam jawa tadi.
Masak hingga mendidih sambil di kacau sekali sekala. Jangan risau jika kuahnya cair kerana kuah akan menjadi pekat apabila telah sejuk nanti....Kuah ni juga sedap di makan dengan sate atau ayam bakar....

Selamat Mencuba.

Wednesday, 9 March 2011

Petua-Petua Orang Lama

Banyak terdapat petua dan panduan dari kalangan orang-orang lama untuk kehidupan kita yang boleh di cuba...moga-moga ianya memberi banyak manfaat dan faedah buat kita semua....

(Siri 1)

1.MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.

Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda
akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke
dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya
ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit
berkenaan sebaik ianya terkena.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA


Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok
bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

26. BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

27. UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya- Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak- bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

31. ELAK DARI MELECUR

Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.

32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak- gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
 
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
 
34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
 
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga- bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA

Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.

36. GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

37. PANAS TERKENA CILI

Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.

Sumber : Petua Tradisional

Tuesday, 8 March 2011

Kek Buah dan Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 blogger sekalian...N3 ni sebenarnya dah lama akak nak kongsi ngan kengkawan sume cuma kebelakangan ni masa akak agak terhad dan kurang mengizinkan....walau apapun jom kita tengok resepi akak kali ni...kek buah (versi akak ler...sempat juga bawa g opis jamu kawan2..hehehe) dan hujung minggu hari tu sempat juga akak buat bubur pulut hitam yang merupakan salah satu pencuci mulut kesukaan akak dan en somi....sedapppp...

KEK BUAH
Resepinya :
1 cawan butter
1 cawan gula halus
2 biji telor
1 sudu teh baking powder
21/2 cawan tepung gandum / tepung kek
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
1 cawan buah2an campur

 
Cara2 membuatnya :

Pukul butter dan gula hingga kembang...masukkan baking powder, telur, esen vanilla dan pewarna kuning...pukul lagi sehingga gebu dan kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan buah2an campuran tadi...gaul biar sebati.
Sediakan loyang yang telah di sapu dengan sedikit butter ....oppss sebelum tu..kita perlulah memanaskan loyang terlebih dahulu.
Selepas itu, masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

BUBUR PULUT HITAM
Resepi :

2 cawan beras pulut hitam (rendam 3 jam)
1 mangkuk santan (1 biji kelapa)
6 sudu besar sagu biji (Akak x masukkan pon sbb stok tiada)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
air daun pandan / sirap pandan
sedikit garam

Cara penyediaan :

Beras pulut yang telah direndam tadi di rebus dahulu sehingga kembang dan empuk.
Toskan air rebusan dan masukkan santan, gula melaka, sagu biji, gula pasir (kalau x mahu manis kurangkan gula pasir), garam dan sirap pandan.
Masak sehingga mendidih sambil di kacau sekali sekala agar santan tidak pecah minyak.
Taraa...dah siap dan sedia untuk di hidangkan. Sedap di makan panas atau sejuk.

Sekian ...jommmm tunggu apa lagi...nyummm...nyummmm...hehehehe...:)


Wednesday, 2 March 2011

Kuey Teow Kuah Yang Ringkas....


Selamat pagi....hari ni saja nak story dan kongsi ngan kengkawan tentang menu akak petang semalam....lepas balik keja...perut terasa sangat lapar...maklumlah tengahari tadi hanya makan laksa yang en somi beli kat kedai depan umah jer...tu pun kongsi ngan si adik...akak ingat nak masak nasi ayam ja tuk dinner kami malam ni....tapi Along Iqah pulak nak makan kueyteow....en somi dan adik Irah  setuju ja ngan cadangan along Iqah...kalu camtu senang citer...sume makan kueyteow jer ....lagi senang keja akak, tak payah nak masak nasi ayam lagi tuk dinner...hehehehehe....

Jom kita layan resepi kueyteow kuah ni....senang n ringkas tapi sedap (tekak akak ler.....hehehehehe)

KUEY TEOW KUAH

1 bungkus Kueyteow (dibasuh )
2 batang sayur sawi
30 gram kobis bulat
6 ekor sotong sederhana besar
2 keping tauhu
10 ekor udang sederhana besar (akak x masukkan pon sebab x ada stok)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 biji telor
3 sudu besar minyak masak
500 ml air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang. Goreng hingga garing dan berbau wangi.

- Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar , sos cili, sos tiram dan kicap....masak hingga garing dan pecah minyak.

- Masukkan tauhu , udang dan sotong... gaul biar sebati .

- Masukkkan air , garam dan gula.... masak hingga kuah mendidih baru masukkan telor....biar seketika baru  digaul...

- Lepas tu baru masukkan sayur2 tadi...dan last sekali masukkan kueyteow. Gaul rata dan terus hidang.