Puding Rose ini memang cantik kalu buat hantaran...anak-anak paling suka ngan puding yang berwarna-warni ni....jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan:
7 g agar-agar serbuk
100g mentega
150g gula (boleh kurangkan jika tak mahu manis)
1sk esen vanilla
1 jug air (lebih kurang 1200ml)
200 ml susu cair/fresh milk
2-3 biji telur
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
Cara Membuatnya:
- Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk, kacau kemudian masukkan gula dan didihkan di atas
dapur.
- Kemudian masukkan mentega dan susu cair, biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
- Masukkan esen vanila, kacau sebentar dan tutup api.
- Biarkan seketika sehingga agar-agar tadi suam.
- Masukkan telur yang telah dipukul sehingga kembang.
- Masukkan telur ke dalam adunan agar-agar dan di kacau sehingga sebati dan mendidih sekali lagi.
- Ambil 1 cawan adunan dan warnakan merah. Tuang ke dalam corak bunga ros. Biarkan sehingga adunan
beku sedikit di bahagian atas.
- Ambil 1/2 cawan adunan dan warnakan dengan pewarna hijau. Tuang ke dalam corak daun. Biarkan adunan
beku sedikit.
- Akhir sekali warnakan sedikit adunan dengan warna kuning dan tuang ke dalam acuan perlahan-lahan di
bahagian tepi dan biarkan beku sedikit.
- Masukkan lebihan puding ke dalam acuan secara perlahan.
- Sejukkan di dalam peti ais. Terbalikkan acuan ke dalam pinggan. Hidangkan ketika puding masih sejuk.
Selamat mencuba .
No comments:
Post a Comment