Terima kasih banyak2 pada CB...kerana CB sudi bagi award kat akak....dan dengan besar hati akak menerimanya...kecik tapak tangan...padang bola akak tadahkan...hehehehe. Demi memenuhi permintaan dan syarat penerimaan Award... kena bagi tahu juga ke 7 perkara tu??? hehehehe....^_^ . Walau bagaimanapun...akak cuba juga untuk memenuhinya walau pun tak sehebat yang diminta....semoga sahabat2 siber sume berpuas hati....
7 Perkara yang tak pernah orang tahu pasal saya :
1) Dilahirkan pada tanggal 01 Julai 1973.....merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Boleh dikatakan seorang anak yang manja dan paling periang / ceria dalam keluarga....di besarkan dalam keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang.
2) Latar belakang persekolahan...bermula di Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada Tahun 1980 (Darjah 1) dan meneruskan pengajian ke Tingakatan 1 di Sekolah Menengah Agama Ahmadiah (Aliran Arab) sehingga STPM Tahun 1994....
3) Berkahwin pada tahun 1999 dan di kurniakan 2 orang puteri yang menjadi penyeri rumahtangga.....Puteri akak yang sulung (NUR HAZIQAH) berusia 11 tahun , manakala puteri kedua (NUR HAZIRAH) berusia 5 tahun .
4) Seorang yang bekerja/makan gaji dengan Universiti Utara Malaysia sejak Tahun 2001 sehingga ke hari ini di bahagian pentadbiran...walau jawatan tak tinggi namun hati senang...alhamdulillah rezeki Allah bagi...huhuhu
5) Akak ni jenis yang memang suka sangat memasak...tapi tak lah sehebat kawan2 siber yang lain yang dah 'terror' tuuuu....sekadar mencuba resepi2 baru dan lama serta menu yang di gemari atau yang menjadi kegemaran encik somi dan anak-anak.
6) Selain memasak ...akak juga amat meminati bidang jahitan....jangan tak tahu sekarang ni kalau nak tempah baju tersangatlah mahallll...paling kurang pun sepasang leh dapat dalam RM 25...nak kata pandai tu tidaklah...tapi setakat nak menjahit baju akak , encik somi dan anak-anak tu lepas la...hehehe.
7) Akhirnya....minat akak dalam berblog ni wujud tatkala melihat blog kawan2 yang menarik dan banyak manfaat serta ilmu yang boleh di kongsi bersama....hihihi..maka dari situ bermulalah episod Blog "My Lovely Home" dan masih lagi aktif hinggalah sekarang...walau kadang2 akak terlalu sibuk dengan tugas seharian... sampai berbulan2 x sempat nak masuk N3 baru ....^_^
Rasanya cukuplah setakat ini ja celoteh akak demi memenuhi tuntutan dan syarat award nih..selain itu akak kena tag 5 org kenalan dan kawan-kawan di tag sila amik award yer ..TQ
hihihi bnyk benda baru ku tahu...Thnks akak..kerana sudi amik award nih.. :) semoga persahabatan kite mekar selamanya..cheewahhh
ReplyDelete