MEE GORENG BASAH
1 peket mee
2 ekor sotong- hiris bulat
2 keping fish ball- hiris
1 pokok sawi
1/2 mangkuk taugeh
3 ulas bwg putih- tumbuk halus
2 biji telor
bahan sos: (campurkan dlm mangkuk)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
beberapa titis minyak bijan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
panaskan minyak secukupnya
tumis bwg putih sampai naik bau
masukkan bahan sos
biarkan sekejap
pecahkan telur, biarkan membeku sblm dikacau
masukkan sotong, fish ball dan btg sawi
masukkan 1/4 cawan air (kalau nk mee sedikit basah atau kurangkan)
biarkan sekejap
masukkan sawi, taugeh dan mee
gaul sebati- rasa secukupnya sblm angkat
kalau kurang masin, tambah kicap
*sedikit tips:
semasa masak mee, seeloknya elakkan penggunaan garam.
hanya gunakan kicap dan sos sbg bahan perasa
Jom layannnnn....
SELAMAT MENJAMU SELERA
No comments:
Post a Comment