Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday, 19 February 2012

~ Kuih Lopes Bonda~

Kuih lapis bonda ni sangat sedap bagi yang menggemarinya....menu ni akak masak dengan penuh kasih sayang buat famili tercinta petang jumaat lepas...banyak juga akak buat dan hantar separuh ke umah MIL.En somi ulang-ulang makan kuih ni  dan si adik Irah pulak tak suka kuih lopes yang ada kelapa parut tu...jadi untuk dia punya akak asingkan (pulut sahaja)...along Iqah tak kisah sangat....sayang anak-anak mama... :):):)

RESEPI KUIH LOPES :

Bahan-bahan :
1/2 kg beras pulut
Air secukupnya untuk merebus
Daun pisang dan tali secukupnya

1 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan (dicarik-carik dan disimpul)
sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan untuk air gula :

300g gula melaka
250ml air
4 sudu besar gula pasir
3 helai daun pandan (dicarik-carik dan disimpul)

Cara menyediakannya :


·                     cuci beras pulut dengan bersih
·                     tanakkan pulut sehingga masak dengan memasukkan air daun pandan serta sedikit pewarna hijau.
·                     layurkan daun pisang dan potong ikut berapa besar kuih lopes yang dikehendaki
·                     ambil sekeping daun pisang dan letakkan 2 senduk pulut ke atasnya.
·                     bungkus dengan rapi serta padat isinya ...lakukan sehingga habis
·                     setelah itu ambil dalam 3-5 biji dan ikat ketat dengan tali
·                     lakukan sehingga habis
·                     rebus selama 1/2 jam atau sehingga masak
·                     sementara itu kukuskan kelapa parut dengan sehelai daun pandan
·                     sejukkan dan gaulkan dengan garam
·                     masak semua bahan air gula sehingga larut
·                     angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
·                     cara menghidang: gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut dan hidangkan dengan air gula.



No comments:

Post a Comment